Monday, April 1, 2013
BUTTERWORTH - Seorang pengurus projek sebuah syarikat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa lebih 30 keping cek syarikat dan cek persendirian berjumlah lebih RM5 juta ditunaikan dan diberikan kepada dua lelaki yang mendakwa bekerja dengan Hasbie Satar.
Pengurus Projek Gallant Route Sdn Bhd, Quah Hooi Eng berkata beliau difahamkan tujuan pemberian wang itu adalah sebagai dorongan untuk mendapatkan projek-projek kerajaan di bawah Kementerian Kewangan kerana Hasbie adalah Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika itu.
Saksi ke-13 dan yang terakhir dalam prosiding kes itu, berkata beliau kerap diarah untuk menunaikan cek-cek berkenaan oleh majikannya Tan Kim Chooi dan memberikan wang secara tunai kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Japaruddin Ibrahim manakala pernah memberi wang tunai sekali atau dua kali kepada seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai Hatta.
"Saya mula kenal Japaruddin dan Hasbie dalam sebuah pub karaoke di Kuala Lumpur apabila Mr Tan (majikannya) meminta saya menemani dan melayan mereka," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin. Katanya dalam perjumpaan itu, Japaruddin juga ada memberitahu beliau bahawa Hasbie adalah "bossnya".
Quah berkata tempat-tempat perjumpaan untuk memberikan wang tunai itu ditetapkan oleh Japaruddin di sekitar ibu negara setelah beliau menghubunginya. Quah juga mengakui bahawa majikannya membiayai pembelian sebuah rumah oleh JBI Sdn Bhd yang berharga RM3.85 juta di Gita Bayu, Seri Kembangan, Selangor.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anselm Charles Fernandis, Quah memberitahu beliau difahamkan syarikat JBI itu adalah merujuk kepada nama Japaruddin Bin Ibrahim dan sememangnya Japaruddin adalah pengarah syarikat berkenaan.
Katanya syarikat Gallant Route mengeluarkan wang sebanyak RM80,000 sebagai deposit pembelian rumah itu atas nama JBI Sdn Bhd. Quah berkata berdasarkan kepada perjanjian, rumah berkenaan kemudiannya akan disewakan kepada Hasbie oleh JBI Sdn Bhd. Hasbie, 39, dituduh melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM2.134 juta di sebuah apartment di Teluk Air Tawar, pada pukul 3.30 petang, 11 Feb tahun lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hasbie diwakili Tetuan Shafee & Co dan perbicaraan bersambung 7 Ogos depan. - Bernama
Hasbie Satar (37) merupakan bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatan mulai Ahad, 14 Februari 2010. Sebab-sebab beliau meletakkan jawatan tidak dikemukakan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri .
Pada April 2008, Hasbie dilantik sebagai setiausaha politik kepada Nor Mohamed yang sebelum itu merupakan Menteri Kewangan II. Nor Mohamed bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi (EPU) . Hasbie termasuk 27 pegawai baru yang dilatik ke jawatan tersebut pada April 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.[1]
Dia berasal dari Sarawak.
[sunting]Tahanan rasuah
Pada 15 Februari 2010, mStar Online melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.
Wang tunai itu ditemui dalam bundut wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Pegawai SPRM Putrajaya menyerbu pangsapurinya,di Pangsapuri Sri Molek,[2] Teluk Air Tawar, Pulau Pinang jam 3.30 petang Jumaat 12 Februri 2010.Kenderaan pacuan empat roda milik syarikat berpejabat di Pulau Tikus turut disita. Kereta BMW milik individu dari Sarawak turut disita. Tujuan wang dan bagaimana tunai sebanyak itu diperolehi belum diketahui.
Pada 13 Disember 2010, laporan The Star mengejutkan ramai, bahawa SPRM sedang mengumpulkan bukti seorang setiausaha politik mempunyai berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.
SPRM bertindak membekukan akaun suspek, 4 buah kereta mewah dan 4 buah rumah mewah di Lembah Klang bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram. SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.[3]
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu SPRM menyiasat sesiapa sahaja tanpa rasa takut dan bimbang demi integriti negara.[4] Ketua SPRM ,Datuk Abu Kassim Mohamed sedang menyiasat 939 kes pada 2009 dan 633 daripada dibawa ke mahkamah. Hasbie bukan ahli UMNO kerana berasal dari Sarawak. Difahamkan pangsapuri di Butterworth itu digunakan untuk petugas pilihan raya , seminggu sebelum pilihan raya 8 Mac 2008.
Sebelum ini, Setiusaha Politik kedua Mohd Nor Yaakob ,Datuk Norza Zakaria turut dituduh rasuah tetapi dibebaskan kerana saksi belot.
Pada 8 Julai 2010, Dewan Rakyat diberitahu oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan tindakan susulan terhadap Hasbie Satar akan diambil selepas siasatan selesai dan terdapat bukti kukuh.[5]
Contractors admit to knowing that outsourcing is prohibited
By DERRICK VINESH
derrickvinesh@thestar.com.my
BUTTERWORTH: Two directors from separate Class “A” contractor companies told a Sessions Court here they were aware that 100% outsourcing of Government projects to sub-contractor companies was prohibited.
Syarikat Fauzi Hj Idris Sdn Bhd director Fauzi Idris said he was aware that such projects awarded to Class “A” contractors should be fully undertaken by the contractors themselves.
Fauzi said Syarikat Fauzi Hj Idris, where his son Mohd Shafaiz Fauzi and partner Mohd Zainuri Mohd Hashim were co-directors, had secured a project in 2007 to upgrade infrastructure and security wiring systems in Universiti Malaya worth RM43mil.
“My company received 2% of the total project cost of RM43mil as commission from the sub-contractor, Nadi Cergas Sdn Bhd,” said Fauzi, who was testifying in the trial of Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop’s former political secretary Hasbie Satar, who was charged with money laundering of RM2.1mil.
Another Class “A” contractor company, Syarikat Delima Anggun Sdn Bhd’s director Rizal Sabtu, told the court that his company had also outsourced the Anti-Drug Agency headquarters in Bangi, Selangor, which is worth RM52mil, and accepted a 1.5% commission of the total project cost from Nadi Cergas.
Hasbie, 39, was alleged to have accepted gifts and gratification from an agent between April 16, 2007, and Aug 13, 2009, at an apartment in Teluk Air Tawar on Feb 11, 2010.
He is charged under Section 4 (1) (a) of the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 and faces a maximum sentence of five years in prison, a fine of up to RM5mil, or both, upon conviction.
Hearing before judge Ikmal Hishan Mohd Tajuddin continues on Sept 4.
Subscribe to:
Posts (Atom)