Monday, September 30, 2013

Monday, April 1, 2013

BUTTERWORTH - Seorang pengurus projek sebuah syarikat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa lebih 30 keping cek syarikat dan cek persendirian berjumlah lebih RM5 juta ditunaikan dan diberikan kepada dua lelaki yang mendakwa bekerja dengan Hasbie Satar. Pengurus Projek Gallant Route Sdn Bhd, Quah Hooi Eng berkata beliau difahamkan tujuan pemberian wang itu adalah sebagai dorongan untuk mendapatkan projek-projek kerajaan di bawah Kementerian Kewangan kerana Hasbie adalah Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika itu. Saksi ke-13 dan yang terakhir dalam prosiding kes itu, berkata beliau kerap diarah untuk menunaikan cek-cek berkenaan oleh majikannya Tan Kim Chooi dan memberikan wang secara tunai kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Japaruddin Ibrahim manakala pernah memberi wang tunai sekali atau dua kali kepada seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai Hatta. "Saya mula kenal Japaruddin dan Hasbie dalam sebuah pub karaoke di Kuala Lumpur apabila Mr Tan (majikannya) meminta saya menemani dan melayan mereka," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin. Katanya dalam perjumpaan itu, Japaruddin juga ada memberitahu beliau bahawa Hasbie adalah "bossnya". Quah berkata tempat-tempat perjumpaan untuk memberikan wang tunai itu ditetapkan oleh Japaruddin di sekitar ibu negara setelah beliau menghubunginya. Quah juga mengakui bahawa majikannya membiayai pembelian sebuah rumah oleh JBI Sdn Bhd yang berharga RM3.85 juta di Gita Bayu, Seri Kembangan, Selangor. Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anselm Charles Fernandis, Quah memberitahu beliau difahamkan syarikat JBI itu adalah merujuk kepada nama Japaruddin Bin Ibrahim dan sememangnya Japaruddin adalah pengarah syarikat berkenaan. Katanya syarikat Gallant Route mengeluarkan wang sebanyak RM80,000 sebagai deposit pembelian rumah itu atas nama JBI Sdn Bhd. Quah berkata berdasarkan kepada perjanjian, rumah berkenaan kemudiannya akan disewakan kepada Hasbie oleh JBI Sdn Bhd. Hasbie, 39, dituduh melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM2.134 juta di sebuah apartment di Teluk Air Tawar, pada pukul 3.30 petang, 11 Feb tahun lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hasbie diwakili Tetuan Shafee & Co dan perbicaraan bersambung 7 Ogos depan. - Bernama
Hasbie Satar (37) merupakan bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatan mulai Ahad, 14 Februari 2010. Sebab-sebab beliau meletakkan jawatan tidak dikemukakan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri . Pada April 2008, Hasbie dilantik sebagai setiausaha politik kepada Nor Mohamed yang sebelum itu merupakan Menteri Kewangan II. Nor Mohamed bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi (EPU) . Hasbie termasuk 27 pegawai baru yang dilatik ke jawatan tersebut pada April 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.[1] Dia berasal dari Sarawak. [sunting]Tahanan rasuah Pada 15 Februari 2010, mStar Online melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta. Wang tunai itu ditemui dalam bundut wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Pegawai SPRM Putrajaya menyerbu pangsapurinya,di Pangsapuri Sri Molek,[2] Teluk Air Tawar, Pulau Pinang jam 3.30 petang Jumaat 12 Februri 2010.Kenderaan pacuan empat roda milik syarikat berpejabat di Pulau Tikus turut disita. Kereta BMW milik individu dari Sarawak turut disita. Tujuan wang dan bagaimana tunai sebanyak itu diperolehi belum diketahui. Pada 13 Disember 2010, laporan The Star mengejutkan ramai, bahawa SPRM sedang mengumpulkan bukti seorang setiausaha politik mempunyai berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat. SPRM bertindak membekukan akaun suspek, 4 buah kereta mewah dan 4 buah rumah mewah di Lembah Klang bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram. SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.[3] Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu SPRM menyiasat sesiapa sahaja tanpa rasa takut dan bimbang demi integriti negara.[4] Ketua SPRM ,Datuk Abu Kassim Mohamed sedang menyiasat 939 kes pada 2009 dan 633 daripada dibawa ke mahkamah. Hasbie bukan ahli UMNO kerana berasal dari Sarawak. Difahamkan pangsapuri di Butterworth itu digunakan untuk petugas pilihan raya , seminggu sebelum pilihan raya 8 Mac 2008. Sebelum ini, Setiusaha Politik kedua Mohd Nor Yaakob ,Datuk Norza Zakaria turut dituduh rasuah tetapi dibebaskan kerana saksi belot. Pada 8 Julai 2010, Dewan Rakyat diberitahu oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan tindakan susulan terhadap Hasbie Satar akan diambil selepas siasatan selesai dan terdapat bukti kukuh.[5]
Contractors admit to knowing that outsourcing is prohibited By DERRICK VINESH derrickvinesh@thestar.com.my BUTTERWORTH: Two directors from separate Class “A” contractor companies told a Sessions Court here they were aware that 100% outsourcing of Government projects to sub-contractor companies was prohibited. Syarikat Fauzi Hj Idris Sdn Bhd director Fauzi Idris said he was aware that such projects awarded to Class “A” contractors should be fully undertaken by the contractors themselves. Fauzi said Syarikat Fauzi Hj Idris, where his son Mohd Shafaiz Fauzi and partner Mohd Zainuri Mohd Hashim were co-directors, had secured a project in 2007 to upgrade infrastructure and security wiring systems in Universiti Malaya worth RM43mil. “My company received 2% of the total project cost of RM43mil as commission from the sub-contractor, Nadi Cergas Sdn Bhd,” said Fauzi, who was testifying in the trial of Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop’s former political secretary Hasbie Satar, who was charged with money laundering of RM2.1mil. Another Class “A” contractor company, Syarikat Delima Anggun Sdn Bhd’s director Rizal Sabtu, told the court that his company had also outsourced the Anti-Drug Agency headquarters in Bangi, Selangor, which is worth RM52mil, and accepted a 1.5% commission of the total project cost from Nadi Cergas. Hasbie, 39, was alleged to have accepted gifts and gratification from an agent between April 16, 2007, and Aug 13, 2009, at an apartment in Teluk Air Tawar on Feb 11, 2010. He is charged under Section 4 (1) (a) of the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 and faces a maximum sentence of five years in prison, a fine of up to RM5mil, or both, upon conviction. Hearing before judge Ikmal Hishan Mohd Tajuddin continues on Sept 4.

Sunday, April 1, 2012

kpf

Syabas diucapkan kepada Saudara Mazlan Aliman, Presiden ANAK kerana berani mendedahkan maklumat yang dikira “menggemparkan” mengenai ura-ura penyenaraian FGVHB di dalam sidang akhbar beliau bersama YB. Salahuddin Ayub di Bangunan Parlimen kelmarin (15 Mac 2012).

Oleh kerana beliau telah memberi tugas kepada penganalis di dalam ANAK, iaitu, sebagai ahli ekonomi kepada pertubuhan anak-anak peneroka Felda di seluruh negara itu, penganalis mendapat peluang berkongsi maklumat yang beliau perolehi itu. Saya kira maklumat itu bertaraf “rahsia.” Ah, peduli apa. Takkan nak biarkan peneroka ditipu. Inilah analisis mengenai maklumat berkenaan.

Seawalnya, syabas diucapkan kepada lapan orang ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang telah memfailkan injunksi sehingga Pengerusi “haram” KPF tidak lagi memikirkan untuk mengadakan mesyuarat agong khas KPF bagi mendapatkan persetujuan perwakilan memindahkan harta KPF kepada FGVHB. Jalan ini sudah tidak boleh dilalui lagi untuk penyenaraian FGVHB. Sesungguhnya, ahli KPF yang lapan orang ini, dari segi undang-undangnya, sudah memadai untuk memohon injunksi itu di mahkamah. Kalau lapan orang sudah cukup, tidak perlulah beratus ribu orang untuk ke mahkamah memailkan injunksi. Itu membuang wang, masa dan tenaga namanya. Lagi pun, perkarangan mahkamah bukan luas sangat untuk menampong kehadiran manusia yang begitu ramai.

Dengan tertutupnya jalan”mesyuarat agong khas KPF” ini, cadangan penyenaraian FGVHB sepatutnya dilupakan. Tetapi, Perdana Menteri tidak mahu berganjak, hujan atau panas, hatta kalau tsunami sekalipun datang, FGVHB mesti disenaraikan dan tidak lewat daripada bulan Jun 2012 ini juga. Jalan ke arah penyenaraian mesti dicari, dengan cara apa sekali pun.

Kenapa tergesa-gesa? Tidak bolehkah ditangguhkan dahulu terutamanya memandangkan ekonomi Malaysia dan ekonomi dunia dan juga pasaran saham yang berayunan menurun sekarang? Tidak bolehkah tunggu sehingga selesainya PRU13 yang sudah terlalu dekat masanya sekarang. Kenapakah kerajaan UMNO-BN kelihatan begitu tergesa-gesa hendak menyenaraikan FGVHB secepat mungkin, sebelum PRU 13 berlangsung?

Penganalisis tidak dapat berfikir melainkan membuat telahan bahawa parti pemerintah memerlukan dana pilihan raya dan penyenaraian adalah jalan menjana ratusan juta untuknya. Betul, bekas Menteri Kewangan dilaporkan ada berkata bahawa UMNO tidak memerlukan wang daripada pasaran saham untuk membiayai PRU13 sebab ia ada banyak wang, tetapi rakyat Malaysia tahu bahawa UMNO ini adalah sebuah parti yang sentiasa laparkan wang, dah ada banyak nak banyak lagi. Ia tak pernah merasa kenyang dengan wang dan rembat sahaja wang tidak kira dari sumber halal atau haram.

Sumbangan dari taukeh judi, taukeh balak, taukeh APs, gangsters, taukeh dadah, penyeludup, memanipulasi pasaran saham, apa sahaja, semuanya dirembat. Wang GLCs ia sapu. Wang rakyat ia rembat. Tengoklah, Datuk Seri Sharizaat dan keluarga beliau telah balon RM250 juta, kononya hendak bela lembu tetapi beli kondominium dan seludup wang ke luar negara. Bank Negara Malaysia biarkan sahaja walaupun ianya melanggar Akta Pertukaran Asing negara. Semua pemimpin UMNO, kecil besar, semua kaki rembat wang rakyat.

Felda dikatakan telah menemui jalan alternatif untuk menyenaraiakan FGVHB. Bagaaimana? Felda “mengambilalih” harta KPF dan kemudian menyerahkannya kepada FGVHB.

Struktur pemilikan harta dalam Felda sekarang adalah seperti berikut (lihat Rajah 1):
Felda (badan berkanun) memiliki 100% FGVHB.
Peneroka (termasuk ahli keluarga) dan kakitangan Felda memiliki 100% KPF.
FGVHB dan KPF berkongsi memiliki Felda Holding Berhad (FHB) dan nisbah pemilikan mereka ialah 49:51, bermakana KPF adalah pemilik majoriti FHB.

Rajah 1: Struktur Kumpulan FELDA Sekarang

FHB memiliki pelbagai anak syarikat. Kerana KPF adalah pemilik 51% FHB, maka ianya adalah juga pemiliki syarikat-syarikat yang berada di bawah FHB. Dengan kata lain, apa jua yang FHB miliki, maka 51% daripadanya adalah milik dan hak KPF.

FGVHB pula adalah milik 100% Felda. Selain daripada memiliki 100% saham biasa (boleh mengundi), Felda juga memiliki saham keutamaan boleh tebus (tida kuasa mengundi) dan saham keutamaan boleh tebus tertunggak (tiada kuasa mengundi), masing-masing dikatakan berjumlah 329,949,500 unit dan 570,590,000 bernilai RM0.01 se unit. Jadi, jumlah saham jenis ini yang dimiliki Felda di dalam FGVHB ialah 900,539, 500 unit.

Pada masa ini, KPF tidak ada apa-apa saham dalam FGVHB.

Setelah jalan “mesyuarat agong khas KPF” gagal digunakan ke arah menyenaraikan FGVHB, penasihat dan pengurus penyenaraian, iaitu, CIMB dan Maybank (bersama dengan penasihat-penasihat lain termasuk penasihat undang-undang), telah mengemukakan jalan penyenaraian alternatif. Jalan alternatif ini khabarnya telahpun diluluskan oleh Lembaga Pengarah Felda dan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda pada hujung tahun 2011.

Maklumat terpercaya memberitahu, jumlah saham FGVHB yang diperbesarkan bakal berjumlah 3,420 juta unit. Nilai IPO dianggarkan RM5.00–RM6.00 se saham. Bermakna, pelaksanaan IPO bakal menghasilkan RM15-20 bilion kepada FGVHB.

Felda bakal “mengambilalih” 51% milikan ekuiti KPF dalam FHB dan lain-lain saham milik KPF dalam syarikat-syarikat di bawah FHB dan digantikan dengan milikan 37% dari kesemua saham biasa (boleh mengundi) FGVHB yang diperbesarkan. Ini bermakna, 1,265 juta unit saham biasa FGVHB bakal dimiliki KPF. Tetapi, saham ini kemudiannya diserahkan kepada IHC, dan sebagai balasannya, KPF diberi saham keutamaan (tanpa kuasa mengundi) dalam IHC, sekaligus menyahkan KPF kuasa pengawalan dan pembuatan keputusan ke atas hartanya sendiri.

Undang-undang mana yang dipakai dan apa proses yang diikut dalam pengambilalihan saham milik KPF itu oleh Felda tidaklah diketahui. Ianya satu mistri. Saudara Mazlan berspekulasi bahawa “borang durian runtuh” yang telahpun diedarkan kepada peneroka mungkin dijadikan borang refrendum tanpa disedari oleh peneroka. Kalau ada lebih dari 50% ahli KPF memulangkan borang berkenaan yang telah ditandatangani, maka itu sudah memadai bagi pengerusi haram KPF mengistiharkan bahawa majoriti ahli KPF sudah menyokong pelupusan harta KPF kepada FGVHB. Jika benarlah “borong durian runtuh” ini ditukarkan kepada borang refrendum, maka inilah penipuan yang amat keji. Diharap ada peneroka yang membuat laporan polis jika penipuan ini berlaku.

Seandainya penyenaraian FGVHB berjaya dilaksanakan, struktur pemilikan saham dalam FGVHB, menurut sumber terpercaya itu, bakal menjadi seperti berikut:

Pemegang Saham
Jumlah Saham (juta unit)
%
1
IHC
1,265
37.0
2
Kerajaan Negeri
513
15.0
3
Rakan Kongsi Global
684
20.0
4
Pekerja (Borang Merah Jambu)
86
2.5
5
Pelabur Runcit (pengundian)
68
2.0
6
Pelabur Bumiputera (MITI)
393
11.5
7
Pelabur Institusi Lain
411
12.0

Jumlah
3,420
100.0

Andainya jadual di atas benar, maka implikasinya adalah seperti berikut:
Jelas, selepas penyenaraian, KPF memiliki saham FGVHB pada namanya sahaja. Yang berkuasa penoh ke atas harta itu ialah IHC. Dengan ini dijangka dividen yang akan diterima dari FGVHB oleh KPF akan merosot kerana ia terpaksa membayar belanja pengurusan (management fee) kepada IHC. Pendeknya, KPF bakal menjadi “bangkai bernyawa” - ada harta tetapi beri pihak lain mengawal dan mengurus.

Juga, Felda tidak akan memegang apa-apa saham dalam FGVHB selepas penyenaraian. Dalam cadangan penyenaraian disebut bahawa semua saham FGVHB miliknya berjumlah 1,307 juta unit (38%) bakal dijual pada harga IPO se saham kepada “pelabur yang dikenakpasti” dan ia menjana tunai sebanyak RM5-8 bilion dari penjualan itu.

Dari jadual di atas juga dapat diperhatikan, pekerja Felda diberi borang merah jambu (pasti dapat), tidak kepada peneroka dan ahli keluarga mereka. Namun, kalau peneroka dan ahli keluarga diberikan borang merah jambu pun, tidak ramai yang mampu untuk membelinya kerana satu lot sahaja sudah mencecah kos sebesar RM5,000-RM6,000.

Juga diperhatikan, agihan saham FGVHB kepada pelabur runcit amat kecil, hanya 68,000,000 saham sahaja (2%). Sebahagian besarnya diagihkan secara terkawal melalui “pre-IPO allocation.” Ini mendorong penganalisis untuk berspekulasi bahawa sebahagian besarnya akan pergi kepada UMNO melalui penama-penamanya. Ini adalah cara biasa UMNO meraih dana dari penyenaraian syarikat di bursa saham. Semua orang tahu hal ini.

Rakan Kongsi global bakal menjadi salah satu pemegang saham terbesar di dalam FGVHB mendedahkan Felda kepada pengaruh, kawalan dan manipulasi pelabur dan kapitalis asing. Sukar difahami kenapa Felda yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abd. Razak bertujuan untuk melepaskan orang Melayu tiada bertanah dari belenggu kemiskinan kini mahu dijual kepada orang asing.

Selepas penyenaraian FGVHB, struktur pemilikan dalam Felda akan menjadi seperti berikut (Rajah 2):

Felda memiliki 100% IHC (sahama biasa, boleh mengundi).
IHC akan memiliki 37% saham FGVHB.
Lain-lain pelabur akan memilki 63% saham FGVHB.
FGVHB akan memilki 100% saham FHB.
KPF hanya memiliki saham keutamaan (tidak boleh mengundi) dalam IHC.
Rajah 2: Struktur selepas Penyenaraian FGVHB

Isunya: Bagaimanakah Felda boleh mengambilalih harta milik KPF tanpa mendapat kelulusan dan restu dari ahli KPF sendiri? Ini merampas harta orang namanya. Bagaimana pun, pengalisis melihat bahawa penyerahan tanah Felda kepada pelabur-pelabur selain daripada peneroka menyalahi GSA.

Saturday, February 19, 2011